Azali yang pengecut.

 

Seeloknya Azali bersikap berani apabila berada di gelanggang pertarungan yang diciptanya sendiri.

 

 

Ini bukannya apa. Ini hakikat. Azali tak perlu takut nak lawan dengan pahlawan luar, tetapi berlawan di gelanggang sendiri, Azali main kotor. Pasir di gelanggangnya disembur pada mata penonton agar penonton tidak nampak apa kesudahannya.

 

Ini mengisahkan si Azali yang tidak ada telur, atau 'anu'nya mungkin sudah dikerat bagi ayam makan.

 

Pada minggu lalu, Azali telah mengarahkan pihak yang berautoriti dalam mengawal pengaksesan internet dalam kampus UPM, supaya laman web UPMkini dan Kampus Negara disekat daripada capaian umum khususnya untuk capaian mahasiswa di dalam lingkungan kampus UPM. Lamanweb rasmi UPM akan muncul jika kita meng'open' lamanweb UPMkini atau Kampus.

 

Mahapengecutnya Azali.

 

 

 

Mitos; Kisah seorang sheikh yang menjadi seorang TNC HEP di UPM. Ini bukan Azali yang itu tu. Ini cerita rekaan sahaja. Tapi elok juga kita renung-renungkan apa kesudahan cerita ini.

 

Pak Sheikh ini bernama Hj. Ahmad. Dia sudah 4 tahun memegang jawatan sebagai seorang TNC HEP UPM. Sebagai seorang sheikh, layaklah dia didekati oleh golongan para ilmuan dan pencinta keamanan. Mahsyurlah namanya di seluruh pelosok UPM kerana dia meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya, atau disebut sebagai adil.

 

Tidak lama selepas itu, muncullah satu team yang mahu memburukkan nama baik Hj. Ahmad ini kerana cemburu dengan pengaruh Hj. Ahmad yang luas. Team yang membangkang ini telah mereka satu lamanweb khas yang mendedahkan keburukan Hj. Ahmad ini.

 

Hj. Ahmad, dengan kuasa TNC HEP UPM yang ada, dia boleh untuk menyekat pengaksesan  lamanweb ini di dalam kampus UPM. Disebabkan dia seorang yang beriman pada 6 perkara, dan berpegang kepada prinsip berani kerana benar, Hj. Ahmad tidak menyekat lamanweb tersebut biarpun orang kanan dalam pengurusan universiti mendesak beliau untuk menyekat lamanweb ini.

 

Lalu Hj. Ahmad menyatakan bahawa; biarlah rakyat dan mahasiswa menilai sendiri kepimpinan saya. Saya hanya menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan, dan semua kerja-kerja saya hanya kepada Allah s.w.t. jualah.

 

Azali tergolong dalam kategori seorang shiekh ini?

 

Macamana dengan si Azali? Ada berani ka?